Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur yang
tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya dapat menulis entri yang pertama ini. Isu pertama yang ingin saya perkatakan
adalah mengenai solat. Ini kerana solat adalah cara untuk kita berhubung dengan
pencipta kita iaitu Allah SWT.
Persoalan solat adalah persoalan pokok di dalam
agama Islam. Solat dikatakan sebagai asas atau tiang agama kita. Patah tiang
maka ertinya akan runtuhlah sesuatu bangunan itu. Mana ada bangunan yang masih
utuh tegak jika tiangnya sudah patah atau rebah. Begitulah juga diri kita jika tidak
menunaikan solat. Tidak hairanlah jika Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang
bermaksud:
“Solat itu tiang agama, barang siapa meninggalkannya bererti meruntuhkan agama”
Semua orang mengetahui betapa pentingnya solat dalam
kehidupan kita. Tetapi masih ramai yang melalaikan solat, melengahkan solat dan
yang paling sedih sekali ialah meninggalkan solat. Sesungguhnya solat adalah
amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT. Satu riwayat daripada Nabi
SAW:
“Bahawasanya barang siapa meringan-ringankan sembahyang, Allah SWT akan menyiksanya dengan 15 siksaan”
6 Siksaan di Dunia
- Dihilangkan oleh Allah SWT berkat umurnya.
- Dihilangkan oleh Allah SWT rezekinya.
- Dihilangkan oleh Allah SWT tanda orang yang soleh pada mukanya.
- Tiada Islam dalam dirinya.
- Segala amal kebajikan yang dibuat tidak akan mendapat pahala.
- Doa tidak diterima oleh Allah SWT.
3 Siksaan pada Waktu Mati
- Mati dalam kehinaan.
- Mati dalam
kelaparan.
- Mati dalam dahaga jikalau diminum sekelian air di dalam dunia ini nescaya tiada puas.
3 Siksaan pada Waktu Kubur
- Allah SWT
menyempitkan kuburnya.
- Allah SWT
mengelapkan kuburnya.
- Malaikat akan
menyeksanya didalam kubur sehingga hari kiamat.
3 Siksaan Waktu Bertemu Allah
- Akan datang
satu Malaikat yg membawa rantai panjangnya 70 hasta. Rantai tersebut akan
dimasukkan ke mulut orang yg meninggalkan sembahyang dan rantai itu dikeluarkan
melalui duburnya. Kemudian akan ditariknya secara terlentang dan
tertiarap. Sambil akan kedengaran satu suara yang berkata: “ Inilah
balasan orang yg meninggalkan perkara yg difardukan oleh Allah SWT”. Kemudian
malaikat akan terus mengheretnya masuk ke dalam neraka.
- Allah tidak
akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang dan rahmat.
- Allah tidak
akan mengampunkannya dan dia akan disiksa dengan siksaan yg pedih.
MasyaAllah betapa azab
dan pedihnya siksaan jika kita meninggalkan solat. Tapi mengapa kita masih
malas nak solat. Solat pun kadang-kadang je. Masa solat pun boleh fikir benda
lain. Tak rasa bersalah pun kalau tak solat. Kenapa rasa berat sangat kita nak
berubah kearah lebih baik????.
Mungkin sebab kita tak nampak siksaan itu di depan mata. Kalau rasa susah sangat, buat nota ringkas siksaan bila tinggalkan solat dan lekatkan di almari dalam bilik. Supaya kita sentiasa ingat dan takut untuk tinggalkan solat.
Mungkin sebab kita tak nampak siksaan itu di depan mata. Kalau rasa susah sangat, buat nota ringkas siksaan bila tinggalkan solat dan lekatkan di almari dalam bilik. Supaya kita sentiasa ingat dan takut untuk tinggalkan solat.
Bagi orang yang menunaikan
solat dengan sempurna, syukur Alhamdulillah. Tapi kita juga harus ingat bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: “ 10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah SWT antaranya:
- Orang lelaki yg solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
- Orang lelaki yg mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
- Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
- Orang lelaki yg melarikan diri.
- Orang lelaki yg minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
- Orang perempuan yg suaminya marah kepadanya.
- Orang perempuan yg mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
- Imam atau pemimpin yg sombong dan zalim menganiaya.
- Orang-orang yg suka makan riba.
- Orang yg solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.”
Oleh itu marilah kita sama-sama musahabah diri
supaya tidak tergolong dalam golongan tersebut. Segala yg benar itu adalah
daripada Allah SWT maka marilah sama-sama kita amalkan untuk kebaikan kita
dunia dan akhirat. Segala kelemahan dalam penulisan ini adalah kelemahan saya sendiri, maka berilah teguran yg membina untuk kebaikan bersama.
Wallahulam.

No comments:
Post a Comment