#Sebahagian besarnya apa yang saya kongsikan ialah dari keratan akhbar yg terdapat dalam simpanan buku harian saya. Tulisan ini sudah lama disiar dan saya tak pasti siapa penulisnya kerana saya terpotong bahagian nama dan tarikhnya. Walau siapapun dia, semoga dia menghalalkan tulisannya yang saya kongsikan di sini. Ada sebahagian yg saya ubah suai tetapi tanpa mengubah maksud asal isinya.
Sepanjang perjalanan hidup di muka bumi ciptaan Allah, memperlihatkan ketidakfahaman wanita mengenai penutupan aurat. Banyak kesalahan yg dilakukan. Antaranya:
Memahami bahawa menutup aurat itu dgn hanya memakai tudung.
- Bertudung tetapi berkemeja-T lengan pendek.
- Bertudung tetapi baju kebarung terbelah kainnya.
- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit
- Bertudung tetapi longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.
- Bertudung tetapi ekor tudungnya dilempar ke belakang leher, lalu terdedah dadanya daripada ditutupi.
- Bertudung tetapi dengan tudung yang nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya
- Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis: “Allah sentiasa merahmati wanita yg memakai seluar panjang (disebelah dalamnya).” (Riwayat Al-‘Uqayli, dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245)
Menurut Imam Mujahid, hadis ini berlaku ketika seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di depan Nabi SAW dan sahabatnya, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya.
Maka sahabat kemudian berkata wanita itu memakai seluar lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadis di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/352, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah SWT sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (disebelah dalamnya) ketika naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
- Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki, sama ada menyanyi atau bernasyid.
Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat saja dia di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki memandang.
Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu mendendangkan lagu ketuhanan. (sila rujuk www.zaharuddin.net untuk maklumat lanjut).
Larangan ini datang daripada Firman Allah SWT: “Janganlah wanita-wanita itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (Al-Ahzab: 32)
Sebahagian wanita menyangka menutup aurat itu hanya dengan menutup rambut. Ia tidak tepat. Asasnya daripada firman Allah SWT: “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kami kecuali apa yang terzahir.” (An-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala manakala apa yang disebut ‘juyub’- kata jama’ (bentuk plural) daripada kata jaibun- iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian atau baju.
Setiap wanita wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya, termasuk leher sehingga semua tempat yang boleh membawa fitnah tertutup daripada perkara yang memungkinkan dilihat orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, yang dimaksudkan ‘perhiasan wanita’ dalam ayat itu pula ialah apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, mahupun buatan seperti pakaian, perhiasan dan solekan.
Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan wanita menyembunyikan perhiasan berkenaan dan bukan ditunjukkan dengan jelas. Allah SWT tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir.
Sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas ra berkata, dalam menafsirkan apa yang boleh dilihat selain wajah dan tangan itu (yang terzahir) adalah celak dan cincin. Seorang lagi sahabat Nabi, Anas Bin Malik juga berpendapat begini.
Berikutan harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihat juga kedua-dua tempat pemakaiannya, iaitu muka dan tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, Atha, Auza’I dan lain-lain.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan solekan dan cat yang biasa dipakai wanita zaman sekarang seperti memakai gincu dan bedak merah di pipi.
Solekan ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab wanita memakai di luar rumah adalah untuk menarik perhatian lelaki. Jadi jelas hukumnya haram.
Namun, pada zaman sekarang dengan banyak kefasikan yang berlaku, lebih baik seseorang Muslimah bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya termasuk wajahnya, terutama jika wanita itu mempunyai paras cantik, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
Firman Allah: “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (An-Nur: 31)
Semua jenis berpakaian yang disebut tadi diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam. Arahan ini tertuju kepada wanita mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasan mereka yang seharusnya disembunyikan.
Sebagai contoh, perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul), perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dada) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semua ini tidak boleh dinampakkan kepada lelaki lain.
Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua-dua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan. Sangat jelas daripada dalil al-Quran dan hadis bahawa Islam mengharamkan wanita memakai pakaian yang membentukk dan nipis sehingga nampak kulit terutama tempat yang membawa fitnah, seperti buah dada dan paha.
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat. Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai untuk memukul orang (penguasa yang kejam) dan kedua, wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderung orang lain kepada perbuatan maksiat.
“Rambutnya sebesar ‘punuk’ unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga serta tidak dapat akan mencium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian kerana melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya ia tidak berfungsi menutup aurat, menyebabkan mereka dikatakan telanjang apabila pakaiannya terlalu nipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh seperti kebanyakkan pakaian wanita sekarang. (Al-Halal Wal Haram fil islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
Saidatina Aisyah ra meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah Nabi SAW dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda berpaling berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haid (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini (sambil menunjuk muka dan dua tapak tangannya).” (Riwayat Abu Daud)
Wallahualam
:-) <3
ReplyDeletejemput lawat blog saya abu-farooq.blogspot.com
ReplyDelete