Tuesday, 11 March 2014

INSEP at PSDC – Manufacturing Process

Pesanan: Mohon maaf atas penggunaan bahasa rojak (malay + english)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini saya tulis khas berkaitan dengan INSEP (Industrial Skills Enhancement Program).  Sebenarnya program ini ditawarkan di beberapa pusat latihan di seluruh negeri yang mana kursus yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pusat. Contohnya di SHRDC (Selangor Human Resource Development Centre), PSDC (Penang Skills Development Centre),  NSSDC (Negeri Sembilan Skills Development Centre) dan banyak lagi.

Before saya continue my story let me share some information about INSEP @PSDC. INSEP is a graduate program fully funded by Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), is a complimentary skills enhancement program aimed at increasing employability.  Courses available are Manufacturing Process (MP), Enterprise Resource Planning (ERP-SAP) and Quality in Medical Technology (MedTech). It consists of 3 month training at the PSDC, followed by a 3 month industrial attachment with either a world-class organization or reputable local company.

Well, saya telah ditawarkan untuk join INSEP @NSSDC tapi memandangkan kos yang ditawarkan tidak relevan dengan course semasa saya belajar di university, so saya decide untuk menolak. Plus NSSDC jauh dari negeri kelahiran saya  Kedah, so banyak rintangannya. Saya pasrah dan yakin, akan ada lagi program macam ni di negeri lain. Dan syukur Alhamdulillah, the next day bila saya buka facebook dan scroll down, tiba-tiba ternampak ada link untuk join INSEP @PSDC.  Dengan sepantas kilat saya cepat-cepat klik link tersebut dan isi online registration.  For who are interested please visit website www.psdc.org.my/INSEP. And then, thank to Allah I have been shortlist for the Manufacturing Process (MP) and need to attend the orientation day (13/3/14) and start training (24/3/14).

Selepas membuat keputusan untuk join program tersebut, baru saya berfikir semasak-masaknya. Patut ke aku join program ni? Lepas habis training kena cari kerja juga? Berbaloi ke?. Bermacam-macam soalan bermain difikiran saya sampai bila tidur pun termimpi-mimpi, hehe. Apatah lagi saya stress sebab dah 6 bulan menganggur lepas habis belajar di university dalam bidang Materials Engineering. Offer nak sambung master banyak tapi rasa dah terlambat sebab kawan-kawan dah start project saya pulak baru nak bertatih. Tengok kawan-kawan yang lain dah dapat kerja rasa happy tapi jauh disudut hati rasa sedih jugak sebab saya tak dapat lagi. Nak kata tak apply, dah berpuluh-puluh jenis kerja saya apply by jobstreet tapi satu pun tak ada berita. Lepas interview pulak tak ada respond. Confirm la tak dapat kan??. Dan saya anggap ini adalah ujian Allah untuk menguji kesabaran saya.  Mungkin ada hikmah disebalik ujian ini. Insyaallah.

Berbalik kepada cerita tadi, saya yakin mungkin kerjaya saya akan bermula dari program INSEP. So saya google sebanyak mungkin maklumat berkaitan program ni serta pengalaman dari pelatih sebelum ni. Dan dari situ saya mendapat inspirasi untuk meneruskan keputusan ini dengan sebulat hati. Berdasarkan pembacaan saya ,ramai trainer lepasan INSEP akan mendapat pekerjaan selepas training . Ini kerana trainer akan didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar disamping kursus-kursus yang diajarkan oleh pengajar yang bukan calang-calang orangnya.Selain itu program ini dapat meng 'upgrade'kan  soft skill and technical skill para graduan. Secara jujurnya saya akui ramai graduan yang dapat kelulusan yang baik serta pointer yang tinggi tetapi kurang skills. Ini juga termasuk diri saya sendiri. Salah satu sebab saya tak dapat kerja sampai sekarang kot.

So, next step kena prepare semua document before orientation day. Nak tahu pengalaman seterusnya kena lah tunggu saya attend orientation dulu. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Jumpa di lain entry.

# Pada pandangan saya, bagi penganggur yang macam saya ni baik join program macam ni dari buang masa tunggu dapat kerja. InsyaAllah program seperti ni ada manfaatnya.

# Jangan pandang pada elaun RM500 sebulan yang agak sedikit jumlahnya. Tetapi pandanglah pada ilmu yang bakal kita perolehi nanti. Untuk berjaya banyak perkara yang perlu kita korbankan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

#Dan azam saya akan jadikan INSEP sebagai anak tangga yang perlu DIDAKI sebelum saya berjaya dalam bidang kejuruteraan. Nasib setiap anak adam itu berbeza. Ada yang dapat kerja lepas tamat belajar. Ada yang terpaksa tunggu dengan lamanya sebelum dapat kerja. Jadi jangan putus asa. Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar.

BUKU SANTAI - KOMBO BESTNYA Puasa / Solat / Doa

 Assalamualaikum pembaca budiman.  Ada sesiapa yang ada masalah begini? 1. Mahu beli buku tentang doa, ilustrasinya tak menarik. Silap-silap...